Oleh Nazrul Aziz
25 November 2024, 16:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Shah Alam – Pihak Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd (BHPetrol) menyerahkan zakat wakalah kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Selangor, hari ini.

BHPetrol yang diwakili oleh Pengurus Besar Operasi dan HSSE BHPetrol, Encik Mohammad Zubir Hamzah menyampaikan zakat wakalah kepada penerima dan disaksikan oleh Pengarah JBPM Negeri Selangor, Tuan Wan Md Razali bin Wan Ismail.

Sebanyak 24 orang menerima zakat bagi kategori anak menyambung pengajian dan 11 orang penerima bagi kategori berpendapatan rendah.

Penyampaian zakat wakalah BHPetrol ini telah disempurnakan dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Bulan November JBPM Negeri Selangor.

Tuan Wan Md Razali dalam ucapannya menzahirkan penghargaan khusus kepada BHPetrol kerana telah memilih kakitangan JBPM Negeri Selangor sebagai penerima zakat wakalah BHPetrol.

Tambahnya dalam ucapan, pemilihan penerima zakat wakalah terbahagi kepada dua kategori, iaitu kakitangan yang anaknya baru sahaja menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi termasuklah tingkatan enam dan juga kakitangan yang mempunyai pendapatan keluarga bersih kurang RM2000 serta mempunyai anak tiga orang dan ke atas.

Ujarnya lagi, pemilihan penerima tidak tertakluk pada pegawai sepenuh masa sahaja tetapi juga kepada pegawai bomba bantuan.

Zakat wakalah merupakan dasar pengembalian wang zakat oleh badan pemungut zakat negeri kepada entiti yang membayar zakat untuk diagihkan kepada asnaf yang layak.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.