Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan sebanyak RM7,897,600 untuk tujuan sumbangan tahunan institusi pendidikan Islam di Perlis pada tahun 2024.

Berkenan menyempurnakan simbolik sumbangan berkenaan ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Kangar, baru-baru ini.

Mengiringi baginda, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs dan anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor dalam satu kenyataan MAIPs, Institusi Pendidikan Islam yang menerima peruntukan berkenaan pada tahun ini ialah Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs), Sekolah Agama Al Islahiyah Menengah (SAIM) Behor Mali, Sekolah Agama Al Islahiyah Rendah (SAIR) Behor Mali, Sekolah Menengah Agama Al Maad, Arau dan Sekolah Rendah Islam (SRI 1) Jalan Abi Tok Hashim.

Selain itu, yang turut menerima sumbangan ialah Sekolah Rendah Islam (SRI 2) Felda Mata Ayer, Sekolah Rendah Islam (SRI 3) Felda Chuping, Yayasan Islam Perlis (Al Maad dan SRI), Maahad At Tarbiyah Al Islamiyah (MATRI), Sekolah Rendah At Tarbiyyah Al Islamiah (SRAATI), Madrasah Diniah Al Islamiyah, Jejawi (MADI), Sekolah Rendah Islam Al Furqan Jejawi, Sekolah Rendah Islam At Taqwa Beseri, Sekolah Rendah Islam Al Azhar (SRIAZ) Arau dan Sekolah Rendah Islam Mithali Aqrab (SRIMA) Jejawi.

Bagi kategori maahad tahfiz, sekolah yang menerima sumbangan ini ialah Maahad Tahfiz Al Hikmah, Pauh, Maahad Tahfiz Miftahul Hidayah, Maahad Tahfiz Nurus Saadah, Madrasah Dar Al Quran dan Sunnah Bukit Jernih, Maahad Tahfiz Al Quran Darus Sunnah Padang Melangit (MAQDIS), Maahad Tahfiz Al Quran Al Barakah Sempering, Maahad Tahfiz Al Quran Ar Raudhah (MADAD) Mengkuang Layar, Maahad Tahfiz Al Masyhur Arau, Maahad Tahfiz Baitul Rahim, Maahad Tahfiz Al Bayan Pauh, Maahad Tahfiz Al Quran Al Barakah Lil Banat dan Maahad Tahfiz Ilmu Al Quran Perlis (MATIQs) Mata Ayer.

Selain itu, Maahad Tahfiz Al Hikmah LilBanat, Maahad Tahfiz Al Quran Nur Ad Diniah Sanglang, Maahad Tahfiz Al Quran Nur Intibah Changkat Lada, Maahad Tahfiz Al Quran Al Muqarrabin Beseri, IKAF Quranic Academic Iqra Kangar, Markaz Al Iman Darul Falah Ummi Aishah, Pusat Ihya Sunnah (PIUS) dan Al Fasoha Academy of Arabic Repoh turut menerima sumbangan tersebut.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.