Diterbitkan pada 15 April 2024, 16:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Pihak Tabung Haji (TH) setakat ini masih meneruskan persiapan bagi musim haji 2024 seperti yang dirancang.

Demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Menurut beliau, kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah Malaysia terjamin susulan perkembangan terbaharu serangan balas Iran terhadap Israel.

“Semua pihak dimohon untuk terus bertenang serta sentiasa merujuk pihak berkuasa dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus memantau situasi terkini di Asia Barat susulan serangan balas Iran terhadap Israel baru-baru ini.

“Serangan balas itu sudah tentu meningkatkan ketegangan yang sudah pun berlarutan sejak lebih tujuh bulan lalu akibat kedegilan dan kekejaman rejim Zionis Israel terhadap penduduk Palestin yang tidak berdosa,” katanya.

 

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi