Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan peruntukan tahun 2024 bagi Bantuan Biasiswa Pengajian Tinggi MAIPs berjumlah RM15 juta, dan Peruntukan Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) berjumlah RM6.5 juta.

Sumbangan berkenaan merupakan komitmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam usaha untuk memenuhi matlamat pembangunan lestari melalui penyediaan peluang pendidikan serta kemahiran kepada pelajar di negeri Perlis.

Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bergambar kenangan bersama-sama hadirin yang hadir.

Baginda merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs berkenan menyempurnakan simbolik penyerahan berkenaan yang disampaikan kepada wakil daripada kumpulan pelajar Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan usahawan bimbingan akademi ATAM pada Majlis Raikan Syawal 2024 yang berlangsung di Perkarangan Pejabat MAIPs II, Pengkalan Asam, di sini.

Sambutan ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh MAIPs yang bertujuan bagi mempromosikan pelbagai inisiatif baharu MAIPs selain mengukuhkan ukhuwah bersama-sama rakan strategik MAIPs.

Pada majlis berkenaan, MAIPs turut mempromosikan 10 usahawan bimbingan ATAM yang berpotensi untuk menjadi penyedia makanan di pelbagai majlis dan acara.

Turut mengiringi baginda ke majlis tersebut ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.