Oleh Syaza Wardina
16 April 2024, 23:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Seremban – Menteri Pendidikan, Yang Berhormat (YB) Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menempatkan produk Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di KPM sebagai satu daripada program sokongan untuk menambah baik kementerian tersebut.

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek pada sesi sidang media selepas menghadiri Kem Generasi MADANI SMKA di Seremban, petang tadi.

“Barisan pimpinan SMKA perlu duduk selama seminggu di KPM, ikut YB pergi program, dan kita mahu lihat pandangan anak-anak untuk penambahbaikan KPM.

“Kita inginkan murid yang kompetitif sehingga mampu menulis dan mengeluarkan idea yang bernas,” katanya ketika menghadiri Kem Generasi MADANI SMKA di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Datuk Dr. Roslan Hussin.

Menurut YB Fadhlina, Kem Generasi MADANI berfokus pada pemimpin murid SMKA merupakan program yang dirangka di peringkat KPM bagi menyediakan barisan pelapis pimpinan pelajar yang benar-benar dapat memperbaiki kepimpinan seterusnya menjadi pelapis kepimpinan negara.

Jelas beliau, selain menumpukan aspek kepimpinan, mereka juga dilatih sebagai warga patriotisme dan demokrasi.

“Ada satu slot yang penting apabila murid didedahkan untuk turun bersama-sama rakyat dan melakukan projek komuniti bagi membiasakan diri mereka sebagai pimpinan akan datang dalam mengurus isu yang berkaitan rapat dengan komuniti,” kata YB Fadhlina.

Katanya lagi, “Daripada soalan dan harapan peserta kem ini dalam konteks isu rakan sebaya, menunjukkan mereka mempunyai iltizam yang tinggi untuk melakukan perubahan besar bagi memperbaiki isu yang berkaitan rapat dengan disiplin dan pelajar.”

“Dalam soalan peserta menampakkan mereka mempunyai kematangan dan turut berkongsi beberapa aspirasi bersama sebagai persiapan mereka menjadi pimpinan akan datang,” ujar beliau.

YB Fadhlina bersama-sama peserta Kem Generasi MADANI SMKA.

Kem Generasi MADANI SMKA diterajui oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI) KPM, Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan serta JPNS.

Sebanyak 256 orang peserta dari 61 SMKA di seluruh negara menyertai kem yang berlangsung selama empat hari tiga malam tersebut, dan mereka terdiri daripada ketua umum, disiplin, dakwah dan pembimbing rakan sebaya.

Kesemua 256 orang ini mesti berada dalam radar kepimpinan negara pada masa akan datang.

Kata Menteri Pendidikan, program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk mengukuhkan kepimpinan pelajar.


Foto: Adib Zulkifli

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.