Diterbitkan pada 8 April 2024, 16:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kangar – Fakulti Sains Gunaan (FSG) Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perlis menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim di sekitar Masjid al-Rashid, Kangar, baru-baru ini.

Sumbangan duit ini bersempena dengan program Agihan Duit Raya FSG dan penyampaiannya disempurnakan oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi, yang menjalankan fungsi-fungsi Rektor Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perlis.

Beliau mengingatkan ahli jemaah yang hadir untuk mengamalkan pemberian sedekah kerana dengan bersedekah mampu membina keperibadian umat yang unggul dan menguatkan hubungan dengan Allah SWT.

“Pemberian sedekah juga dapat mengeratkan hubungan ukhuwah sesama manusia.

“Saya berharap agar pemberian duit raya ini mampu memberikan keceriaan kepada anak-anak yatim menjelang Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Turut hadir dalam program ini adalah Pengarah Program Ihya’ Ramadan FSG, iaitu Dr. Mohammad Saifulddin Mohd Azami dan warga FSG.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi