Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan berangkat menghadiri Majlis Iftar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Perlis 2024 yang diadakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Pauh Putra, baru-baru ini.

Kangar – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan peruntukan sumbangan sebanyak RM2,925,188 kepada Sekolah Integrasi Perlis (SIPs).

Hal yang demikian bertujuan untuk menampung perbelanjaan emolumen dan perlaksanaan aktiviti sekolah tersebut bagi tahun 2024.

Simbolik penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua MAIPs ketika berkenan berangkat menghadiri Majlis Iftar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Perlis 2024 yang diadakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Pauh Putra, baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil diiringi sama oleh anakanda bongsu, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail, dan disambut oleh Pengarah PTSS, Abdul Malek Hassan.

Majlis berbuka puasa ini telah dianjurkan secara bersama oleh IPT di negeri Perlis termasuklah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) sebagai hos pada tahun ini secara gilirannya, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis Kampus Arau, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Perlis, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan terkini Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) serta beberapa lagi IPT lain.

Sebagai info, SIPs diperkenalkan bagi mengoptimumkan pengajian pendidikan Islam negeri ini khususnya di sebelah petang bermula pada pukul 12.30 tengahari hingga 5.00 petang pada setiap hari.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.