Oleh Syaza Wardina
1 Februari 2024, 07:29

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pauh Putra – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melaksanakan Program Rezeki Subuh selama 40 hari bermula pada hari ini.

Program ini bertujuan untuk memberikan galakan kepada kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun untuk hadir menunaikan solat subuh secara berjemaah.

Melalui penganjuran program tersebut, pihak MAIPs memperuntukkan sumbangan berjumlah RM334,000 bagi pelaksanaan sumbangan RM3 untuk setiap kanak-kanak yang hadir menunaikan solat subuh berjemaah di 101 buah masjid di seluruh Perlis dalam tempoh berkenaan.

MAIPs memperuntukkan sumbangan sebanyak RM334,000 untuk kanak-kanak dalam Program Rezeki Subuh.

Keputusan untuk melaksanakan program ini diperoleh dalam Persidangan MAIPs Bilangan Pertama bagi Tahun 2024 yang diadakan pada 23 Januari 2024 baru-baru ini di Bilik Senat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kampus Alam Pauh Putra.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs berkenan melancarkan Program Rezeki Subuh itu pada akhir persidangan tersebut.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.