Oleh Syaza Wardina
28 Februari 2024, 09:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Persatuan Perbankan dan Institusi Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) menyerahkan sebanyak RM136,000 untuk Wakaf Kubah Pengering Solar (SDD) di Kuala Perlis, semalam.

Projek wakaf ini merupakan yang pertama diterajui oleh AIBIM dengan kerjasama MyWakaf, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di bawah inisiatif MyWakaf 2.0.

AIBIM turut diwakili oleh Affin Islamic Bank, Bank Islam dan Bank Rakyat dalam Jawatankuasa Pengurusan Bersama MAIPs dalam usaha menjayakan program murni pada kali ini.

Tujuan projek wakaf ini adalah untuk membantu para usahawan B40 dalam usaha menambah pendapatan melalui proses pengeringan ekspres menggunakan SDD yang mengambil masa kurang dari sehari.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan wakaf SDD tersebut dalam majlis penyerahannya yang diadakan di Kampung Seberang Aur, Pulau Ketam.

Keberangkatan tiba baginda diiringi oleh anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank, Datuk Paduka Syed Mashafuddin Syed Badarudin yang mewakili AIBIM dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada program yang sama, pihak Bank Rakyat turut memberikan sumbangan zakat sebanyak RM35,000 kepada lapan orang peserta asnaf yang terlibat dengan projek ini.

Wakaf Kubah Pengering Solar bertujuan untuk membantu para usahawan B40 dalam usaha menambah pendapatan melalui proses pengeringan ekspres yang mengambil masa kurang dari sehari.

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.