Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengagihkan sebanyak RM1,224,000 peruntukan sumbangan makanan menerusi Program Ziarah Dakwah Bil Hal MAIPs 2024 bagi tujuan bantuan bank makanan melalui masjid di seluruh negeri ini.

Sumbangan berkenaan merupakan satu daripada bantuan MAIPs kepada warga asnaf yang disalurkan melalui 102 buah kariah masjid di seluruh Perlis.

Simbolik penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, di sini.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor, program agihan makanan tersebut merupakan satu daripada usaha MAIPs dalam memperkasakan institusi masjid sebagai pusat kesejahteraan sosial ummah.

“Pendekatan ziarah dan turun padang, selain agihan keperluan makanan secara terus tersebut dilaksanakan oleh pengurusan Jawatankuasa Kariah Masjid yang diberikan amanah dan tanggungjawab untuk mengagihkan sumbangan berkenaan,” jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Nazim lagi, “MAIPs turut menerima sumbangan tanggungjawab sosial korporat daripada pelbagai pihak yang bermurah hati menyalurkan sumbangan bakul makanan melalui MAIPs.”

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.