Oleh Syaza Wardina
25 Februari 2024, 14:17

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Bintang sukan ragbi dan tinju antarabangsa, Sonny Bill Williams menyertai kira-kira 5000 orang jemaah subuh yang mengimarahkan kempen Geng Subuh Macam Jumaat di Masjid Putra, pagi ini.

Sebelum itu, beliau menyertai aktiviti qiamullail yang turut diadakan bersempena dengan Nisfu Syaaban di sini, bermula pada pukul 5.00 pagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar berucap selepas sesi perkongsian daripada Sonny Bill Williams di Masjid Putra, pagi ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, “Kita pada pagi ini, alhamdulillah … bertuah kerana bersama-sama kita ialah Alif Satar (pencetus kempen Geng Subuh Macam Jumaat) dan saudara Hamzah (Williams).”

Setiap seorang daripada kita berpeluang menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain.

Katanya, “Dalam konteks ini, saudara Hamzah baru sepuluh tahun beragama Islam, dan Alif sebagai selebriti; masing-masing memainkan peranan untuk berdakwah.”

“Jangan kita ingat dalam urusan dakwah ke arah kebaikan hanya perlu diserahkan kepada golongan alim ulama dan sebagainya.

“Setiap daripada kita boleh memainkan peranan ini,” jelas beliau.

Alif Satar dan Sonny Bill Williams antara yang menyertai solat subuh berjemaah di Masjid Putra, pagi ini.

Sementara itu, Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im menerusi hantaran Facebook beliau berkata, “Ini adalah pendekatan yang boleh kita usahakan untuk mengajak lebih ramai masyarakat menjadi sahabat masjid.”

“Tahniah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Masjid Putra, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, Perbadanan Putrajaya, Polis Diraja Malaysia dan rakan strategik, Faith Events,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis tersebut termasuklah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hassan dan Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.