Oleh Syaza Wardina
27 Jun 2023, 10:43

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Solat Sunat Aidiladha di seluruh Perlis digalakkkan untuk dilaksanakan di tanah lapang (musala) yang diselaraskan pada pukul 8.00 pagi, selepas mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, pemilihan tanah lapang berkenaan tertakluk pada ketetapan oleh jawatankuasa kariah masjid masing-masing, selaras dengan sunah Rasulullah SAW.

“Walaubagaimanapun, pihak jawatankuasa kariah boleh mempertimbangkan penggunaan ruang di dalam masjid sekiranya terdapat keperluan bergantung pada ruang, tempat dan bilangan jemaah yang hadir.”

“Bagi pelaksanaan Solat Sunat Aidiladha selain musala yang ditentukan oleh pihak jawatankuasa kariah seperti surau rasmi di Perlis, pelaksanaannya hendaklah dirujuk kepada jawatankuasa kariah masjid dan mendapat persetujuan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs),” titah baginda.

Pada masa yang sama, baginda menggalakkan para jemaah untuk mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu seperti memakai pelitup muka serta membawa sejadah sendiri.

“Pengurusan masjid hendaklah melaksanakan tatacara berkaitan dengan pelaksanaan Solat Sunat Aidiladha seperti lafaz takbir hari raya, kaifiat solat, khutbah hari raya dan sebagainya dengan merujuk panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis,” titah baginda.

Foto: Ihsan MAIPs.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.