Oleh Syaza Wardina
10 April 2023, 14:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan sumbangan makanan berjumlah RM612 ribu menerusi Program Ziarah Dakwah Bil Hal MAIPs 2023.

Sumbangan tersebut disalurkan untuk tujuan bantuan bank makanan melalui masjid di seluruh negeri ini.

Pemangku Raja Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama-sama anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail dan Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Profesor Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, dalam Program Qiam Ramadan yang diadakan di Masjid Alwi, Kangar, pada malam semalam.

Menurut MAIPs, “Sumbangan berkenaan merupakan satu daripada pendekatan MAIPs bagi membantu warga asnaf dan golongan yang memerlukan melalui 102 kariah masjid di seluruh Perlis.”

Jelas MAIPs, sumbangan tersebut juga merupakan satu daripada usaha MAIPs dalam memperkasakan institusi masjid sebagai pusat kesejahteraan sosial ummah.

Di samping itu, MAIPs turut menggesa semua kepimpinan masjid di seluruh negeri ini agar sentiasa peka dan turun padang bagi menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Simbolik penyerahan sumbangan berkenaan disempurnakan oleh Pemangku Raja Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengambil sempena Program Qiam Ramadan yang diadakan di Masjid Alwi Kangar, malam semalam.

Berangkat sama ialah anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Keberangkatan DYTM Tuanku Syed Faizuddin disambut oleh Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Profesor Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.