18 November 2023, 09:43

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Hat Yai – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menziarahi balu dan keluarga mantan Syeikhul Islam Thailand, Allahyarham Sheikh Abdul Aziz Ismail Phithakkumpol di kediaman beliau.

Keberangkatan baginda telah disambut oleh isteri Allahyarham, iaitu Romi-Ah Phithakkumpol dan anak beliau, Senator Dr. Zakee Abdul Aziz Phithakkumpol.

Raja Muda Perlis,  DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail beramah mesra dengan keluarga Almarhum Syeikhul Abdul Aziz di kediaman beliau di Hat Yai.

Semasa hayatnya, Syeikh Abdul Aziz telah dilantik sebagai Syeikhul Islam (Mufti Thailand) atau ‘Chula’ dalam Bahasa Thai pada tahun 2010.

Pada 22 Oktober  yang lalu, Syeikh Abdul Aziz telah kembali ke rahmatullah dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Hua Khao di daerah Singhanakhon.

Allahyarham dilahirkan pada 6 Mac 1947 dan merupakan anak sulung daripada 4 orang adik-beradik. Beliau meninggalkan seorang isteri dan 4 orang cahaya mata (3 orang lelaki dan seorang perempuan).

Sebelum itu, baginda menunaikan solat jumaat di Masjid Jabal Salam, Khuan Lang dan seterusnya berkenan menyampaikan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diserahkan kepada Imam Masjid berkenaan, Ghazale Srivamad.

Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyampaikan sumbangan daripada pihak MAIPs kepada Ghazale Srivamad, Imam Masjid Jabal Salam, Khung Lang, Thailand.

Turut mengiringi Baginda dalam pertemuan tersebut adalah Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.