Syaza Wardina .
Diterbitkan pada 7 April 2023, 23:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Sandakan – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan menyerahkan sumbangan bernilai RM2000 kepada Masjid Daerah Sandakan, baru-baru ini.

Sumbangan untuk tujuan aktiviti dakwah tersebut diserahkan kepada Imam Besarnya, Ustaz Mohamad Khairul Abdul, bersempena dengan Program Eks PerBah 2023.

Turut hadir ialah para pegawai Masjid Daerah Sandakan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menunaikan solat zohor di Masjid Daerah Sandakan bersempena dengan penyerahan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis kepada masjid tersebut, baru-baru ini.

Titah Raja Muda Perlis, “Ramadan mengajar tentang peranan setiap daripada kita untuk saling membantu, saling mengukuh serta saling bekerjasama untuk membangunkan masyarakat yang sejahtera.”

Selain itu, titah baginda, Ramadan juga mengajar peranan setiap daripada kita menjayakan sesebuah organisasi apatah lagi menegakkan syiar agama Islam.

“Hal ini terlaksana melalui usaha mengamalkan setiap ajarannya dengan penuh keikhlasan dan ketakwaan semata-mata mengharapkan keredaan daripada Allah SWT,” titah baginda.

 

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi