Oleh Syaza Wardina
9 Februari 2023, 08:54

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah memperuntukkan sebanyak RM15 053 511 bagi pelbagai Skim Bantuan Perumahan kepada golongan asnaf fakir miskin di seluruh Perlis pada tahun 2022 yang lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd. Nazim Mohd. Noor, baru-baru ini mempersembah maklum hal tersebut kepada Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Menurut beliau,

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM11 993 511 telah disalurkan kepada 128 keluarga yang menerima Bantuan Sebuah Kediaman MAIPs Peduli, manakala sebanyak 205 buah keluarga lagi telah menerima bantuan baik pulih kediaman yang lebih selesa. MAIPs turut menyalurkan Bantuan Baik Pulih Mikro sebanyak RM3 060 000 melalui 102 buah kariah di negeri ini pada tahun lalu.

Agihan bantuan zakat kepada asnaf di sekitar Arau, Perlis.

Agihan bantuan tersebut diadakan selepas pelaksanaan program kayuhan basikal MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf di sekitar Kurong Anai, Arau. Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat singgah di rumah asnaf yang mempunyai masalah kesihatan, iaitu Radzi Abdullah, Noorzira Azmi dan Siti Aminah Mad Isa, bagi menyerahkan agihan zakat MAIPs kepada mereka sepanjang program tersebut.

Di bawah Inisiatif Perumahan MAIPs, Haji Mohd. Nazim berharap akan mencapai hasrat agihan bantuan zakat MAIPs, iaitu sebagai usaha merawat kesukaran asnaf (to treat) melalui matlamat pembangunan lestari berpanjangan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.