25 Januari 2023, 09:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat (YB) Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar menggesa pemerintah Sweeden agar mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan provokatif ahli politik Sweden-Denmark, Rasmus Paludan, yang membakar al-Quran pada 21 Januari  lalu di Stockholm, Sweden.

Beliau berkata, tindakan biadab Rasmus Paludan  perlu dibantah kerana telah menyalahgunakan prinsip kebebasan bersuara dengan mencerobohi al-Quran yang menjadi kitab suci agama Islam.

Menerusi satu kenyataan baru-baru ini, YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im berkata,

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) juga menyeru seluruh masyarakat menghormati kemuliaan agama Islam, membudayakan dialog dan menyemarakkan nilai-nilai kehormatan sejagat bagi mewujudkan keharmonian hidup masyarakat dunia pada hari ini.

Tambahnya, kenyataan tegas YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ahli politik Sweden itu juga membuktikan kesungguhan Malaysia untuk menentang sebarang bentuk keganasan dan kebencian khususnya Islamofobia.

 

Kredit foto: Golibtolibov from Getty Images/Canva.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.