Oleh Syaza Wardina
24 Januari 2023, 18:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperkasakan kempen kesedaran berwakaf di Perlis, khususnya bagi Wakaf Tunai Am yang meliputi inisiatif seperti Wakaf Tunai Manfaat Am; Wakaf al-Quran dan Kitab; Wakaf Pusat Komuniti; dan juga Wakaf Ma’ as-Sabil (Air).

Selain Wakaf Tunai Am, MAIPs turut juga menawarkan pelbagai inisiatif  Wakaf Tunai Khas yang meliputi projek seperti Wakaf Khas Pusat Autisme Negeri Perlis (A-Heart); Wakaf Khas Pusat Rawatan Katarak MAIPs dan Hospital Tuanku Fauziah (HTF); Wakaf Khas Penyelenggaraan dan Pembinaan Masjid, Surau dan Tanah Perkuburan Islam; Wakaf Siyanah (Penyelenggaraan Harta Wakaf); Wakaf Khadamad (Perkhidmatan, Kepakaran); serta Wakaf Pendidikan Tinggi: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis dan juga Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

Demikian titah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor, selepas berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat MAIPs bersempena dengan “Program Berbasikal Kayuhan MAIPs Peduli, Menjejaki dan Menyantuni Asnaf” di sekitar Kampung Santan dan Kampung Alor Sena.

DYTM Tuanku Raja Muda Perlis berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat MAIPs kepada asnaf di sekitar Kampung Santan dan Kampung Alor Sena.

Dalam program tersebut, baginda berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat MAIPs bernilai RM700 secara tunai, beras serta bekalan makanan mentah kepada Zaharah Ismail, 85 tahun, yang sakit tua; Salehudin Mohamad, 63 tahun, yang mempunyai masalah kesihatan; dan Meriam Nopiah, 80 tahun, yang mempunyai sakit saraf dan sendi.

.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.