Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Perlis – Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) akan menubuhkan Institut Pemikiran Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardawi (IPQ) sebagai entiti yang mengurus projek berfokus bagi penelitian ijtihad ataupun solusi Yusuf Al-Qardawi dalam permasalahan masyarakat bermula pada Februari 2023.

Penubuhan institut ini merupakan cetusan idea daripada Mufti Negeri Perlis, Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Syarikat KUIPs Sdn. Bhd. dengan menamakan Institut Pemikiran Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardawi selaras dengan kesarjanaan beliau sebagai ikon perpaduan yang menyatukan pelbagai aliran pemikiran dalam menyelesaikan masalah ummah.

Perbincangan Mufti Negeri Perlis, Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin bersama-sama Rektor KUIPs, Dr. Rozaimi Ramle.

Yusuf Al-Qardawi merupakan mujaddid kontemporari yang sentiasa mendukung pembaharuan melalui siri penulisan dan fatwa beliau. Sumbangan pemikiran beliau melalui Fiqh Taisir merupakan antara karya yang menjadi rujukan sarjana dalam melestarikan fatwa kontemporari berhubung dengan isu-isu kritikal semasa.

Institut Pemikiran Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardawi yang diketuai oleh Prof. Dr. Basri Ibrahim selaku Penyelaras IPQ akan menjalankan urusan berkaitan dengan projek berfokus universiti seperti penganjuran siri seminar, terjemahan karya dan lain-lain lagi di bawah seliaan Pejabat Rektor KUIPs.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.