Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang baharu.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam Pengumuman Anggota Kabinet Kerajaan MADANI yang baharu di Putrajaya, pada pukul 3.30 petang tadi.
Perdana Menteri berkata, kesemua lantikan itu akan mengangkat sumpah di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, pagi esok.
Terdahulu, YB Senator Dr. Zulkifli yang juga Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkuat kuasa pada 12 Disember 2023 hingga 11 Disember 2026.
Pelantikan berkenaan dilaksanakan atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Yang di-Pertuan Agong pada masa tersebut.
Sementara itu, jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) digalas oleh penceramah bebas dengan Tauliah Mengajar Agama dan al-Quran Negeri Sabah, Ustazah Marhamah Rosli.