Oleh Syaza Wardina
9 Mei 2024, 09:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Foto: Facebook rasmi Dato’ Setia Dr. Na’im dan Tabung Haji

Kuala Lumpur – Kumpulan pertama jemaah haji KT01 yang terdiri daripada jemaah haji negeri Kedah dan Kelantan selamat berlepas ke Madinah pada pukul 12.16 pagi ini.

Keberangkatan jemaah haji KT01 menerusi penerbangan MH8050 melibatkan sebanyak 282 orang jemaah dan akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammed Bin Abdulaziz, Madinah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengucapkan selamat jalan kepada para jemaah haji kumpulan pertama ini.

YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ketika keberangkatan jemaah haji kumpulan pertama ke tanah suci, malam tadi.

“Pengurusan dan seluruh warga kerja Tabung Haji akan memberikan perkhidmatan menyantuni keperluan jemaah haji Malaysia,” kata YB Senator Dr. Mohd Na’im menerusi hantaran di Facebook, lewat malam tadi.

Beliau turut menyeru agar rakyat Malaysia mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat para jemaah untuk melaksanakan ibadat haji pada tahun ini.

Marilah kita bersama-sama berdoa seluruh jemaah diberikan keselamatan dan kesejahteraan untuk menunaikan ibadat haji tahun ini.

“Semoga dikurniakan haji yang mabrur kepada semua jemaah haji,” ujarnya.

Untuk rekod, kuota rasmi jemaah haji Malaysia pada tahun ini adalah sebanyak 31 600 orang jemaah seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Arab Saudi sebelum ini.

Sebanyak 100 penerbangan sewa khas yang melibatkan penerbangan Malaysia Airlines dan Saudi Airlines bakal digunakan untuk membawa semua jemaah haji Malaysia, dengan penerbangan terakhir pada 9 Jun 2024.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.