Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Pemerkasaan penerbitan makalah ilmiah dengan pelbagai pihak seperti melalui majalah Dewan Tamadun Islam terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi antara resolusi praktikal Konvensyen Ketamadunan Dunia (KKD) 4.0.
Resolusi tersebut merupakan satu daripada enam resolusi yang dibentangkan oleh Presiden Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD), Encik Muhammad Alif Fitri dalam sesi penutup bagi konvensyen siri keempat tersebut.

Menurut beliau, antara resolusi lain KKD 4.0 termasuklah mewujudkan kerjasama antarabangsa secara berstruktur dan tersusun dalam usaha mendorong kebangkitan umat Islam setelah kejatuhan sistem kekhalifahan.
“Perancangan kami adalah untuk menganjurkan konvensyen antarabangsa pada tahun ini yang membincangkan ketamadunan dunia dengan lebih meluas seperti Tamadun Islam di Andalusia (Sepanyol), kerajaan Abasiyyah (Baghdad) dan Tamadun India,” ujar beliau kepada JendelaDBP.

Apabila ditanya tentang impak penganjuran konvensyen terhadap golongan muda, beliau berkata bahawa kerangka pelaksanaan KKD yang menampilkan pengisian yang lebih ringkas dilakukan agar dapat mencetuskan iltizam untuk mereka mendalami sejarah Islam dari naratif yang lebih adil.
Enam resolusi KKD 4.0 yang dibentangkan ialah: