3 Mac 2024, 13:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada 3 Mac 1924 bukan suatu episod sedih untuk diratapi namun untuk diambil pengajaran demi mengembalikan semula kegemilangan tamadun Islam.

Genap 100 tahun umat Islam hidup tanpa sebuah kuasa politik unggul dan dengan terpisah-pisah menerusi pembentukan negara yang berkonsepkan pembentukan negara bangsa.

Konvensyen Ketamadunan Dunia 4.0: 100 Tahun Berakhirnya Khilafah: Legasi, Ibrah dan Masa Depan yang berlangsung pada 3 Mac 2024, Putrajaya.

Hal ini dinyatakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan ketika menyampaikan Ucapan Perasmian Konvesyen Ketamadunan Dunia (KKD) 4.0, hari ini.

Tambah beliau,

Saya berharap agar konvensyen pada kali ini mampu menjentik hati para peserta untuk mengambil pengajaran daripada titik hitam sejarah Islam ini.

KKD 4.0 anjuran Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) berlangsung sepanjang hari ini di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Pada tahun ini, KKD 4.0 mengangkat ibrah dan pelan tindakan kebangkitan umat Islam melalui siri pembentangan oleh tokoh terkemuka negara.

Antara pembentang yang terlibat termasuklah Dr. Hasanuddin Yusof, Prof. Dr. Zaid Ahmad, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Puan Amirah Shahrin, YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Encik Najmuddin Mohd Nawi, dan Pembentangan resolusi oleh Presiden GPTD, Encik Muhammad Suhail Ahmad.

pelancaran buku Ensiklopedia Empat Khalifah: Abu Bakar – Umar – Uthman – Ali oleh Alif Fitri  dan buku Kombo Kedah: Ulama Pahlawan Perang Kedah; Menjejak Hubungan Kedah dan Uthmaniyah dan Teknologi Kedah Tua oleh Dr. Hasanuddin Yusof.

Dalam majlis yang sama, turut berlangsung pelancaran buku Ensiklopedia Empat Khalifah: Abu Bakar – Umar – Uthman – Ali oleh Alif Fitri  dan buku Kombo Kedah, Ulama Pahlawan Perang Kedah, Menjejak Hubungan Kedah dan Uthmaniyah, serta Teknologi Kedah Tua oleh Dr. Hasanuddin Yusof.

Turut hadir, Pengerusi GPTD, Encik Muhammad Suhail Ahmad; Presiden GPTD, Encik Muhammad Alif Fitri Abdul Halim; Pengerusi Benevolent, Encik Muhamad Hanapi Jamaludin; dan Ketua Editor Bahagian Majalah, Dr. Rosmani Omar.

Kredit foto: Mohamad Adib Zulkifli

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.