18 Januari 2024, 18:12

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kota Kinabalu – Pembuka kempen memalarsegarkan budaya membaca pada tahun ini, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPCS) menyempurnakan kunjungan Wakaf Buku kepada Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan Masjid Negeri Sabah.

Pengarah DBPCS, Puan Aminah Awang Basar telah menyempurnakan penyampaian Wakaf Buku ini, pada 18 Januari 2024.

Penyampaian Wakaf Buku oleh Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Puan Aminah Awang Basar.

Pengerusi Masjid Bandaraya, Yang Berbahagia Datuk Haji Jamal Datuk Seri Panglima Tun Sakaran mengalu-alukan rangkaian kerjasama daripada DBP khusus penganjuran kegiatan menghidupkan tradisi ilmu selain jualan buku.

Di Masjid Negeri Sabah, Yang Berusaha Encik Zainal Awan, menyatakan bahawa Wakaf Buku tersebut akan dimanfaatkan untuk pelajar di masjid berkenaan.

Pihak pengurusan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan Masjid Negeri Sabah berbesar hati menerima sumbangan buku DBP yang dapat menambah bahan bacaan di kedua-dua masjid.

Usaha ini diyakini dapat mengimarahkan masjid sebagai medan tradisi ilmu, bukan sahaja kepada para pengunjung, malahan kepada institusi yang di bawah kelolaan masjid.

Usaha ini sejajar dengan matlamat untuk menjadikan masjid berfungsi untuk pelbagai hal seperti institusi ilmu,  pusat sosial, rekreasi, ekonomi, dan pelancongan selain sebagai tempat ibadah.

Turut hadir dalam penyerahan Wakaf Buku tersebut ialah beberapa orang pihak pengurusan daripada kedua-dua pihak.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.