17 Januari 2024, 09:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Gambang – Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Gambang dengan gabungan semua mahallah atau kolej kediaman di kampus ini telah mengadakan program Islamic Festival 2024 atau dikenali sebagai “I-Fest”, baru-baru ini.

Program ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dan warga Pusat Asasi UIAM Gambang dengan kefahaman Islam yang berfokuskan seni dan budaya mengikut syariah Islam.

I-Fest 2024 ini dijalankan selama tiga hari dengan pengisian pelbagai aktiviti dan pertandingan yang dijalankan.

Program ini melibatkan lebih daripada 1000 pelajar dan staf Pusat Asasi UIAM Gambang.

Dekan Pusat Asasi UIAM berkata dalam ucapannya semasa majlis perasmian, “I-Fest bukan hanya sebuah program untuk pelajar tetapi juga merupakan bukti kekuatan dan keindahan nilai-nilai Islam yang dapat kita terjemahkan dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung.”

Antara aktiviti lain yang dijalankan sepanjang tiga hari ini termasuklah Ceramah Perdana dengan bertajuk “Nabi Juga Disakiti”, pertandingan poster dengan tema “al-Quran dan Sains”, pertandingan nasyid dan seminar tadabur al-Quran.

Sekitar Pertandingan Poster al-Quran dan Sains.

Islamic Festival 2024 ini diakhiri dengan Majlis Penutupan yang disempurnakan oleh Timbalan Dekan Akademik dan Pengantarabangsaan, Dr. Taifunisyam  Taib.

Majlis penutupan ini dimeriahkan dengan persembahan daripada selebriti jemputan, iaitu kumpulan nasyid In-Team dan pelajar kelab CiTRA CFS IIUM.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.