Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pattani – Lebih 1000 orang menyaksikan siaran langsung aplikasi Facebook  dan hadir di Masjid AlHaramain Universiti Fatoni, Thailand untuk mendapatkan ilmu berkaitan dengan harmoninasi dalam pengamatan agama Islam anjuran Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan Universiti Fatoni.

Forum ini telah menampilkan panel yang terdiri daripada Rektor KUIPs, Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle, pendakwah bebas, Sheikh Wan Syukri Wan Ismail dan Prof. Dr. Muhamad Amin Koya sebagai moderator. Program yang diadakan selepas solat maghrib itu telah bermula pada pukul  tujuh malam (waktu Thailand) dan dihadiri oleh staf, pelajar universiti serta penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Program tersebut dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat setempat tentang konsep harmonisasi dari perspektif Islam dan mewujudkan kesedaran tentang peranan setiap individu dalam kehidupan sebagai seorang Muslim. Program itu juga diharap dapat mendekatkan hubungan antara KUIPs yang kini telah menjangkau usia 10 tahun dengan institusi pendidikan di luar negara khususnya di Selatan Thailand.

Pihak KUIPs akan terus komited untuk menganjurkan forum, dialog dan diskusi ilmiah agar dapat meningkatkan kefahaman masyarakat tentang pengamatan dalam Islam.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.