Oleh Syaza Wardina
1 Ogos 2023, 19:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Kaum wanita bukan lagi hanya menjadi suri kepada rumah tangga semata-mata, tetapi mereka haruslah diketengahkan di peringkat global sebagai penyumbang utama kepada khidmat kemanusiaan terutamanya dalam bidang kepakaran mereka.

Titah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, khidmat kemasyarakatan global boleh dalam bentuk perkhidmatan kesihatan di negara-negara umat Islam terpinggir, negeri yang ditimpa bencana seperti gempa bumi, khidmat pendidikan tinggi dan rendah dan juga khidmat kemanusiaan yang lain.

“Transformasi Risalah Islam Berkemajuan memerlukan strategi yang mampan dan sesuai dengan manhaj berasaskan al-Quran dan sunah.”

“Sehubungan dengan itu, wanita turut terlibat dalam agenda ini,” titah baginda ketika berkenan merasmikan penutupan Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) siri ke-22 dengan tajuk “Transformasi Risalah Islam Berkemajuan” yang dianjurkan oleh YTF dengan kerjasama Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM), pada petang semalam.

Titah Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah yang juga merangkap Pengerusi YTF, “Wanita bukan sahaja mempunyai pencapaian yang luar biasa dalam bidang pendidikan, malah sebagai pemangkin pembangunan masyarakat, terlibat dalam pembangunan insan, khidmat kemanusiaan, pentadbiran dan juga petugas utama barisan hadapan.”

“Khidmat dan sumbangan yang diberikan dalam pelbagai sektor bukan sahaja di peringkat tempatan atau nasional, tetapi Islam berkemajuan akan mencorakkan kemajuan masyarakat di peringkat global,” titah baginda.

 

 

 

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.