Oleh Abd Razak Osman
20 April 2023, 11:39

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Alor Setar – Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) dengan kerjasama Wasiyyah Shoppe Berhad menyerah sumbangan berupa barang keperluan Hari Raya Aidilfitri kepada lebih 300 orang penduduk, golongan asnaf dan nelayan di sekitar Kampung Kilang Ais, Kuala Kedah, semalam.

Pe­ngerusi Eksekutif YPPM, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, pihaknya bersimpati setelah mengenal pasti masih ada penduduk yang memerlukan bantuan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri itu.

“Mereka pasti ceria apabila menerima sumbangan daging, beras pulut, minyak masak, gula dan lain-lain.

“YPPM mengalu-alukan syarikat korporat untuk turut serta dalam program seperti ini untuk membela nasib golongan berkenaan,” katanya.

Arifin Sabirin (kiri) dan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penduduk di Kuala Kedah, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe Berhad, Arifin Sabirin pula berkata, pihaknya berharap bantuan yang disalurkan dapat membantu golongan yang memerlukan terutama ketika membuat persediaan Aidilfitri ini.

“Bantuan kali pertama disampaikan pada 8 April lalu dan di kawasan ini terdapat jumlah asnaf yang agak banyak dalam kalangan golongan nelayan.

“Bantuan pada kali ini begitu mesra dengan kesempatan melawat ke beberapa buah rumah nelayan di Kuala Kedah,” ujarnya.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.