Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangBandar Baharu – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Kedah menyantuni sebanyak 50 orang golongan asnaf bersempena dengan Program Peduli “Kami Ihsan, Kami Sayang”, yang berlangsung di Masjid An-Nur Relau, semalam.
Setiap penerima memperoleh sumbangan berupa pek makanan Musa’adah Rahmah dan wang tunai.
Penyelarasnya, Mohd Irfan Shaffik Idris berkata, “Tujuan diadakan program ini bagi mengimarahkan sambutan bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri sedikit masa lagi yang penuh dengan keberkatan itu.”
“Melalui usaha ini bukan sahaja dapat meringankan beban golongan tersebut malah mereka juga dapat merasai kasih sayang daripada kita sebagai anggota masyarakat,” ujarnya.
Turut hadir ialah Pengerusi Masjid An-Nur Relau, Encik Ishak Zakaria, Pengerusi Sekretariat Ekonomi Gerak Amal Kebajikan (SEGAK) Kulim, Puan Nawaikartini Paharuddin, Pengerusi Buru Amal Kulim, Encik Nordin Abu Bakar dan Pengerusi Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Sungai Petani, Basor Harun.