29 Mac 2023, 10:41

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Nerus – Sebanyak 112 orang murid dari sekolah terpilih menerima sumbangan dalam program Kasih Ramadan 2023 anjuran Kelab Wanita Universiti Malaysia Terengganu (MUTIARA), Universiti Malaysia Terengganu, baru-baru ini.

Mereka merupakan murid daripada keluarga B40 yang terdiri daripada anak yatim, 60 orang murid berkeperluan khas, dan 20 orang pelatih di pusat pemilihan dalam komuniti, Batu Rakit.

Pengarah Program Kasih Ramadan 2023, Dr. Razifah Mohd Razali berkata, antara objektif pelaksanaan program ini termasuklah meningkatkan kerjasama strategik antara universiti, badan bukan bermotifkan keuntungan (NGO) dan komuniti di sekitar Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

“Selain itu, sumbangan tersebut juga dapat membantu meringankan beban keluarga murid yang kurang berkemampuan bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti,” jelas beliau yang juga merupakan pensyarah Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, UMT.

Program Kasih Ramadan 2023 mendapat sumbangan dan penajaan dengan kerjasama daripada Badan Kerja Amal Wanita Profesional Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BERKAT), Syarikat Jakel, McDonald’s, Desa Murni Batik dan Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), UMT.

Ahli MUTIARA UMT membantu pelajar memilih pakaian baharu sempena Hari Raya Aidilfitri.

Pada masa yang sama, ahli MUTIARA UMT membantu pelajar dalam memilih pakaian dan kelengkapan baharu di gedung pakaian yang turut menaja sebahagian daripada program tersebut.

Antara sekolah yang terlibat dalam program Kasih Ramadan 2023 termasuklah Sekolah Kebangsaan Tok Jembal, Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam.

Hadir bersama ialah Pengerusi MUTIARA UMT, Puan Wan Sarimah Wan Razak serta pelajar Sekolah Kebangsaan dan Menengah Padang Kemunting dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot.

Sementara itu, Puan Rabiyah Embong yang merupakan seorang daripada guru pengiring dari Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam ketika ditemui turut menyatakan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada MUTIARA UMT kerana jelas terpancar kegembiraan pada wajah murid yang terlibat dalam program Kasih Ramadan 2023.

Guru pengiring dan murid berkeperluan khas yang terlibat dalam program Kasih Ramadan 2023, baru-baru ini.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.