Oleh Firdaus Mul
22 Mac 2023, 07:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Ketua Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Selangor, Ustaz Haji Lufti Fauzi Haji Sabari menegaskan, tarikh terakhir pembayaran fidyah boleh dilaksanakan sebelum memasuki 1 Ramadan.

“Lebih-lebih pada era kini, terdapat sistem dalam talian yang memudahkan masyarakat untuk melakukan proses pembayaran fidyah,” tambah beliau ketika bersiaran dalam siri rancangan “Apa Khabar Malaysia”, anjuran Bernama TV, baru-baru ini.

Ustaz Haji Lufti Fauzi Haji Sabari

Menurut Ustaz Haji Lutfi Fauzi, “Antara golongan yang diwajibkan menggantikan puasa, tetapi tidak diwajibkan untuk membayar fidyah termasuklah ibu yang sedang menyusukan anaknya dan bimbang akan keselamatan dirinya jika berpuasa pada bulan Ramadan, ibu yang sedang hamil dan berasa bimbang keselamatan dirinya jika berpuasa pada bulan Ramadan, orang musafir dan berbuka puasa kerana musafir, orang yang sakit sehingga tidak dapat berpuasa dan sebagainya.”

“Bagi golongan yang tidak diwajibkan menggantikan puasa tetapi wajib membayar fidyah ialah golongan seperti orang tua yang uzur dan tidak mampu berpuasa pada bulan Ramadan, orang yang sakit dan tiada harapan untuk sembuh, dan sebagainya,” jelas beliau.

Sementara itu,  Ustaz Haji Lutfi Fauzi menyatakan kalkulator fidyah telah dibangunkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dan telah dilancarkan pada 22 Februari 2023.

Menurut beliau, dengan adanya kemudahan seperti kalkulator fidyah, pengguna yang hendak melunaskan bayaran fidyah diharapkan dapat berlaku jujur dengan kesedaran diri sendiri.

“Jika kita berasa ragu-ragu tentang kadar yang sepatutnya dibayar, rujuklah di kaunter agensi agama seperti Majlis Agama Islam ataupun Lembaga Zakat,” ujar beliau.

 

Kredit foto: Mohamad Faizal bin Ramli/Canva

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.