Oleh Abd Razak Osman
18 Mac 2023, 16:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sungai Petani – Masjid Al Busyra, Merbok, menyumbang 500 papan telur dan 100 ekor ayam percuma kepada orang ramai sebagai persiapan menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Sumbangan itu diserahkan semasa Program Jualan Terus dari Ladang (JTDL) yang diadakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bersempena dengan Program Istiqbal Ramadan Mega di pekarangan Masjid Al-Busyra hari ini.

Pengarah FAMA Negeri Kedah, Encik Isa Hamzah (kanan) dan Pengerusi Masjid Al Busyra Merbok, Encik Mohd Firdaus Mat Akhir (kiri) selepas menandatangani hubungan kerjasama bagi Program Jualan Terus dari Ladang di Masjid Al Busyra.

“Sebanyak 12 metrik tan buah-buahan, sayur-sayuran, telur dan barangan segar lain dijual dengan harga istimewa kepada penduduk di sekitar Masjid Al Busyra, Merbok,” ujar Pengarah FAMA Negeri Kedah, Encik Isa Hamzah.

Tambah beliau, jualan yang diadakan dapat memberikan pelbagai manfaat kepada penduduk kampung di sekitar masjid pertama negeri Kedah itu.

Program tersebut juga bakal diperluaskan pelaksanaannya bersama-sama lebih banyak masjid lagi dalam masa terdekat.

Beliau turut menyatakan penghargaannya kepada pengerusi dan ahli jawatankuasa masjid yang bertungkus-lumus menjayakan program tersebut sepanjang hari hingga malam.

Antara aktiviti lain yang dianjurkan termasuklah penyerahan kit bank makanan, forum perdana, aktiviti gotong-royong masjid, dan pameran produk dari agensi kerajaan dan swasta.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.