Oleh Suyuthi Yusuf
11 Mac 2023, 12:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyampaikan sumbangan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada 140 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Al-Ikram, Kampung Sena dan Masjid Al-Barakah, Kampung Jelempok yang diadakan di Masjid Al-Ikram, Kampung Sena, Arau baru-baru ini. Setiap asnaf terpilih tersebut menerima wang berjumlah RM700 ringgit daripada baginda dengan jumlah penuh bernilai RM98 000.

Seterusnya, baginda bertitah bahawa pentingnya menekankan sikap integriti. Integriti merupakan garis panduan atau pegangan dalam menjalani kehidupan yang mampu menjadi benteng seseorang daripada terjebak dengan sebarang perkara yang merugikan diri sendiri, agama, organisasi, dan negara.

Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika bertitah menegaskan perihal integriti.

Titah baginda lagi:

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menanamkan azam dan sematkan tekad dalam diri kita untuk menjadi manusia yang sentiasa berintegriti, menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran di muka bumi Allah SWT ini.

Selain itu, baginda selaku Yang DiPertua MAIPs turut memperkenankan pengimarahan semula Masjid Nurul Hikmah Wang, Bintong selepas ditutup bagi tujuan renovasi penuh selama dua tahun.

Antara penerima sumbangan zakat MAIPs.

Selanjutnya, penyerahan Surat Kebenaran Operasi oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) telah disempurnakan oleh Timbalan Yang DiPertua MAIPs, Dr. Hj. Hazman Hassan atas titah baginda.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.