12 Januari 2023, 09:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Beseri – Raja Muda Perlis,  Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan Musolla Syabab Muhibbis Sunah, Sekolah Rendah Agama Attarbiyah Al-Islamiyah (SRAATI), Perkampungan Tunjung, Beseri, semalam. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Guru Besar, Puan Hajah Nasitah Ibrahim, tenaga pengajar serta murid-murid sekolah berkenaan.

Baginda berharap semoga musolla baru ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh warga SRAATI dan penghayatan terhadap Islam khasnya bersesuaian dengan slogan SRAATI itu sendiri, iaitu “Melahirkan Pelajar Beradab, Pencinta Ilmu dan Al-Quran”.

Tuanku Raja Muda berdoa supaya musolla yang dibina ini akan digunakan dengan sepenuhnya dan penyumbangnya juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Baginda turut menzahirkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang telah bekerjasama dengan pihak SRAATI untuk menjayakan hasrat warga sekolah bagi memiliki sebuah surau yang sudah lama mereka idam-idamkan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.