Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Perlis – Bagi merealisasikan hasrat mengeratkan hubungan dua hala melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) pada 31 Oktober lepas, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) telah melaksanakan program Mobiliti Outbound di Universiti Fatoni, Thailand selama 15 hari.
Program yang bermula pada 22 November hingga 6 Disember 2022 itu telah melibatkan seramai 27 orang pelajar daripada Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Al-Quran dan Sunnah dan Fakulti Muamalat dan Kewangan Islam serta seorang pensyarah pengiring iaitu Ustaz Ahmad Ismail.
Sepanjang tempoh dua minggu tersebut, para pelajar telah diberi pelbagai pengisian aktiviti yang bermanfaat seperti program pengurusan jenazah, pembelajaran kelas Bahasa Thai, penganjuran program Qiyam Wa Siyam, perlawanan Futsal antara KUIPs dengan Universiti Fatoni, kelas kuliah bersama pelajar serta mengadakan lawatan ke tempat bersejarah di Pattani.
Selanjutnya, penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar dalam persekitaran yang berbeza dengan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan di samping dapat memperluaskan dan memperkayakan pengalaman pembelajaran. KUIPs juga secara tidak langsung dapat meningkatkan jaringan persahabatan bersama-sama pelajar daripada Universiti Fatoni selain memperkenalkan dan mempromosikan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) serta program-program pengajian yang ditawarkan.