Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPattani – Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) telah memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) bersama-sama Universiti Fatoni dalam satu kunjungan hormat ke universiti itu semalam.

Delegasi KUIPs ke universiti tersebut telah diketuai oleh Rektor KUIPs, Prof. Madya Dr. Muhamad Rozaimi Ramle dan diiringi oleh Timbalan Rektor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Madya Dr. Abdul Basir Awang@Mohd Ramli, Penolong Rektor Pembangunan Korporat dan Jaringan Industri, Encik Badrul Hisham Abd Rahman, Dekan Fakulti Pengajian Islam, Dr. Mohammad Dhiaul Hafidh Fatah Yasin serta beberapa kakitangan lain lagi.
Dalam majlis tersebut, Prof. Madya Dr. Muhamad Rozaimi menyatakan hasrat beliau untuk melihat hubungan dua hala antara KUIPs dengan Universiti Fatoni akan menjadi lebih erat dengan termeterainya MoU tersebut melalui pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti merangkumi segenap aspek termasuklah akademik, budaya dan juga kebajikan yang merangkumi aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Dalam pada itu, kunjungan hormat ini turut membincangkan hal berkaitan dengan pertukaran pelajar antara dua universiti termasuklah mana-mana pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam KUIPs yang ingin menyertai pertukaran ini. Bukan itu sahaja, kedua-dua pihak juga telah bersetuju untuk mengkaji cadangan aktiviti lain yang boleh dijalankan seperti mengadakan bengkel dan program latihan, projek pembangunan dan penyelidikan, pembangunan program pengajian, pertukaran bahan penerbitan serta perkara lain dijalankan secara bersama melalui kerjasama universiti yang telah dimeterai melalui memorandum yang ditandatangani ini.