14 Ogos 2022, 23:17

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Basel – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru umat Islam supaya menjauhi sikap mementingkan diri sendiri dan utamakanlah kerja-kerja yang bersifat kolektif, khususnya dalam usaha memperkasakan ekonomi, sosial dan politik. Setiap orang mestilah menanmkan jati diri yang tinggi, sifat bertanggungjawab dan berintegriti dalam melaksanakan segala amanah yang telah diberikan.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Pusat Kebudayaan Islam King Faysal di Basel, Switzerland semalam, menurut hebahan media MAIPs.

“Tidak ada jalan lain untuk kita semua maju melainkan dengan peningkatan ilmu. Oleh itu, budaya ilmu hendaklah disuburkan pada setiap lapisan masyarakat. Aktiviti dakwah seperti kempen membaca, majlis-majlis ilmu, seminar, debat dan kuliah-kuliah pengajian hendaklah disemarakkan di semua institusi termasuk masjid ke arah memajukan agama, umat, negeri dan negara,” titah baginda.

Sumbangan MAIPs tersebut diterima oleh Nabil Arab yang merupakan pengerusi pusat yang menyediakan ruang solat waktu dan solat jumaat serta kelas-kelas bimbingan agama kepada kanak-kanak dalam kalangan umat Islam setempat di Friedensgasse 18, Basel, Switzerland.

Ketika di Basel, Tuanku Raja Muda dan anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail turut berkenan menerima undangan bagi menyaksikan perlawanan bolasepak UEFA Europe Conference Leagu’ antara kelab FC Basel dari Switzerland melawan Brondby dari Denmark di Stadium St. Jakob Park.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.