16 Jun 2022, 12:14

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Padang Besar – Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama MAIPs dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) akan menganjurkan  program Perkampungan Sunnah Edisi Ke-7 di Masjid Alwi, Kangar pada 17 hingga 19 Jun 2022. Tema program yang dipilih pada kali ini ialah ‘Bangkit Membela Sunnah’.

Justeru, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut mengundang komuniti Muslim di Selatan Thailand, khususnya dari Pekan Siam Padang Besar yang berjiran dengan negeri ini untuk turut serta hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut. Orang ramai pencinta ilmu juga dijemput berkampung di program yang membariskan senarai ahli panel yang hebat tersebut.

Demikian dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor selepas mengiringi Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ke majlis penyempurnaan sumbangan agihan zakat MAIPs bernilai RM21 000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Al Mustaqim, Felda Rimba Emas melalui wakil amilnya, Azizi Musa di pekarangan Kompleks Bebas Cukai The Zone Emas Kerajang Sdn. Bhd., Padang Besar. Setiap seorang akan menerima RM700.

Berangkat sama ke majlis tersebut ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda kedua baginda berdua, Yang Amat Mulia Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.