13 Mei 2022, 08:52

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan Perkhidmatan Bayaran Dam dan Korban melalui aplikasi THiJARI untuk para bakal jemaah haji pada musim haji tahun 1443H/2022.

Bagi pembayaran dam, bayaran yang diterima adalah untuk dam haji tamatuk dan haji qiran. Pembayaran dam adalah pada kadar RM590 bagi seekor kibas dan daging akan diagihkan kepada penduduk yang layak di Tanah Suci, Makkah.

Pembayaran korban pula adalah pada kadar RM955.80 untuk seekor kibas dan RM5900 untuk seekor lembu. Daging korban ini akan diagihkan oleh Bank Pembangunan Islam (IDB) kepada penduduk Islam yang layak, terutamanya mereka yang tinggal di benua Afrika. Pelaksanaan ibadat  korban ini merupakan kerjasama TH dengan IDB yang berpengkalan di Jeddah, dan buat kalinya ditawarkan bukan sahaja kepada para bakal jemaah haji, tetapi juga kepada semua pendeposit TH. Perkhidmatan ini juga merupakan satu lagi perkhidmatan baharu yang ditawarkan kepada pendeposit melalui THiJARI oleh TH.

Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi, Mohamed Ameen Abdul Wahab memaklumkan bahawa para bakal jemaah haji boleh membuat pembayaran dam sebelum ke Tanah Suci, seiring dengan keputusan Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji yang menggalakkan pelaksanaan bayaran pada kadar yang ditentukan sebelum sampai di Tanah Suci.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.