18 April 2022, 17:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Proses rayuan haji bagi musim haji 1443H bersamaan 2022M akan dibuka mulai hari Selasa, 19 April 2022. Proses rayuan tersebut hendaklah dibuat menggunakan aplikasi THijari (www.thijari.com.my) dan semua pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) disarankan agar mendaftar aplikasi tersebut untuk memudahkan proses rayuan dibuat.

(Sumber: Facebook  Rasmi Lembaga Tabung Haji)

Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat segelintir pendeposit yang tidak berkemampuan untuk menggunakan aplikasi THijari, permohonan rayuan juga boleh dibuat melalui kaunter TH dengan mengisi borang rayuan BRG 01/20 yang boleh dicetak melalui sistem induk TH.

 

Proses rayuan musim haji bagi tahun ini dibuka dari 19 April 2022 dan akan ditutup pada 18 Mei 2022. Jika bakal haji tidak menerima sebarang makluman daripada pihak TH, bermakna mereka tidak terpilih untuk menunaikan fardu haji bagi musim haji 1443H/2022M.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.