13 Januari 2022, 21:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui anak syarikatnya Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) Sdn Bhd menawarkan 400 hingga 600 slot pekerjaan melalui “Program Peluang Kerjaya dan Temuduga Terbuka” yang akan diadakan pada Sabtu 15 dan Ahad 16 Januari 2022 ini. Program yang diadakan seawal pukul 8:00 pagi ini bermatlamat untuk membantu golongan asnaf dan individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap di negeri ini untuk mendapatkan pekerjaan. Program yang diadakan di Dewan Besar, Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Negeri Perlis, Kangar ini mengalu-alukan kehadiran asnaf dan murid tingkatan lima di sekolah seluruh negeri Perlis.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor menyatakan bahawa terdapat pelbagai pengisian slot daripada agensi-agensi tertentu yang akan dilaksanakan dalam program tersebut. Antaranya termasuklah slot Akademi Binaan Malaysia (ABM), Kulim Hi Tech Park, KISMEC Sungai Petani, The Otomotif College (TOC), Kuala Lumpur, McDonalds Malaysia dan Restaurant Mohd Chan Group Berhad yang akan berlangsung pada 15 Januari 2022. Sementara itu, pada 16 Januari 2022, agensi yang terlibat dalam pengisian slot termasuklah The Welding Institute (TWI), Shah Alam, Malaysian Professional Accountancy Centre (MyPAC), KOBE Precision Technology Sdn Bhd, Amber Chinese Muslim Restaurant dan Wahyuni SPA, Kangar.

Raja Muda Perlis berkenan menyempurnakan majlis pelancaran promosi “Program Peluang Kerjaya dan Temuduga Terbuka” di Chortiez & Co Cawangan Arau.

Beliau berkata demikian ketika mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs ke majlis pelancaran promosi program berkenaan yang disempurnakan oleh baginda di Chortiez & Co Cawangan Arau yang bakal memulakan operasinya pada suku kedua tahun ini. Jelas beliau lagi, jika memerlukan maklumat tambahan atau terdapat sebarang permasalahan, pihak yang berkenaan boleh menghubungi Eksekutif, Akademi Transformasi Asnaf MAIPs, Nur Farhana Junaidi di talian 017-4036900  atau 012-5834439.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi