Oleh Aninah Janang
18 Disember 2021, 18:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Lembaga Jurukur Tanah Malaysia pada hari ini menyumbangkan zakat perniagaan berjumlah RM1 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

 

Raja Muda Perlis berkenan menerima menghadap Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan 1, Lembaga Jurukur Tanah Malaysia, Sr. Sohaime Rasidi.

Penyerahan tersebut dipersembahkan kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan 1, Sr. Sohaime Rasidi dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Ibnu Tamiyah, Tambun Tulang.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Negeri, Sr. Muhammad Husaini Ya’acob.

Lembaga tersebut turut menyerahkan wang tunai sebanyak RM500 serta hamper berisi makanan mentah bernilai RM150 (setiap seorang) untuk diserahkan kepada lima buah keluarga asnaf yang terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Ibnu Tamiyah.

Bersempena dengan majlis berkenaan, Sr. Sohaime turut memaklumkan bahawa penerbitan Atlas Kebangsaan Malaysia yang merupakan suatu kompilasi peta yang menunjukkan data spatial sesebuah negara yang komprehensif amat sesuai untuk menjadi rujukan dalam bidang pendidikan, perancangan, kajian saintifik dan pelancongan.

Sementara itu, Mohd Nazim turut melahirkan penghargaan kepada pihak Lembaga Jurukur Tanah Malaysia atas sumbangan zakat yang disalurkan dan menyeru agar semua pihak, sama ada korporat atau individu dapat menggunakan kesempatan pada penghujung tahun ini bagi menunaikan kewajipan berzakat.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!