Oleh Dr. Rosmani Omar
11 November 2021, 11:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Harta pusaka ialah harta yang diwariskan kepada seseorang selepas pemiliknya meninggal dunia. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan menyempurnakan perasmian Faraid Simple Tier atau eFaST Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) atas undangan Ketua Hakim Syarie Negeri, Yang Amat Arif Ibrahim Deris secara dalam talian pada pagi ini bertitah bahawa,

Pengurusan harta pusaka orang Islam perlu ditadbir dengan cekap dan baik supaya pihak yang layak akan mendapat haknya sepertimana yang telah ditentukan dalam hukum faraid.

WhatsApp-Image-2021-11-11-at-10.44.26.jpegMenurut laporan akhbar negara, hampir RM70 bilion nilai harta pusaka dengan majoritinya milik orang-orang Melayu Islam di negara ini tidak dituntut sejak negara kita mencapai kemerdekaan sehinggalah ke hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai usaha perlu dilaksanakan untuk memastikan harta pusaka tersebut dituntut oleh pihak yang berhak menuntut.

Sikap melengah-lengahkan urusan pembahagian harta pusaka perlu dikikis dalam diri masyarakat kerana sikap tersebut akan merugikan ekonomi umat Islam itu sendiri.

Menerusi majlis tersebut baginda bertitah bahawa kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini banyak membantu pelbagai agensi untuk berinovasi dalam penyampaian perkhidmatan awam.

Inisiatif pewujudan aplikasi sistem eFaST ini diharap bakal menjadi antara langkah awal ke arah pembangunan digital dan akan ada lebih banyak lagi usaha pendigitalan perkhidmatan yang lain diperkenalkan kelak.

Namun dalam usaha itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra mengingatkan bahawa sistem yang diwujudkan ini akan menjadi sia-sia jika sistem tersebut tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Oleh hal yang demikian, baginda amat berharap agar sistem ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh rakyat negeri Perlis dan orang Islam khususnya terutama dalam urusan yang berkaitan dengan harta pusaka.

Baginda juga menitahkan harapan supaya JKSNPs akan terus mengorak langkah untuk terus mencipta pembaharuan dalam penyampaian perkhidmatan yang akan memudahkan lagi rakyat untuk berurusan dengan Mahkamah Syariah.

 

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi