28 Mei 2021, 02:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

 

Antara golongan yang banyak diceritakan dan dibincangkan dalam al-Quran termasuklah golongan Yahudi. Golongan Yahudi ini merujuk sekelompok umat daripada keturunan Nabi Ishaq a.s. dan Nabi Yaakub a.s.. Istilah lain yang sering  digunakan dalam al Quran bagi golongan Yahudi ini ialah al-lazina Hadu, bani Israel, dan Ahl al-Kitab.

Menurut perspektif Islam, istilah Yahudi mengandungi dua makna yang beriringan, iaitu Yahudi sebagai sebuah bangsa dan Yahudi sebagai sebuah agama.  Ibn Qayyim menyatakan bahawa istilah Yahudi merujuk golongan yang dimurkai oleh Allah SWT. Yahudi dikenali sebagai sebuah agama kerana ajaran agama diturunkan kepada mereka melalui kitab Taurat, menerusi Nabi Musa a.s.. Sementara itu, sebagai sebuah bangsa pula, Yahudi terbentuk dalam satu komuniti yang memiliki karakter dan sifat tertentu yang membezakan mereka dengan bangsa yang lain.

Golongan Yahudi terkenal sebagai golongan yang degil, sombong dan tidak beramal dengan ilmu, bahkan mereka banyak melakukan kerosakan dan tergamak membunuh para nabi yang diutus kepada mereka. Pada hakikatnya, Allah SWT memberikan banyak nikmat kepada mereka, namun mereka tetap tidak bersyukur dan tetap melakukan syirik kepada Allah SWT.  Sikap buruk dan kekejaman Yahudi ini banyak dinyatakan dalam al-Quran. Malah, jika dibuka lembaran al-Quran dalam surah yang kedua, iaitu Surah al-Baqarah banyak membicarakan perihal golongan Yahudi.

Surah al-Baqarah yang bermaksud lembu (sapi) betina mempunyai kaitan langsung dengan golongan Yahudi atau bani Israel. Kisah lembu betina ini diceritakan bermula daripada ayat 67 hingga ayat 74. Muhammad ‘Ali al-Sabuniy dalam kitab tafsirnya yang terkenal, iaitu Safwah al-Tafasir, menjelaskan bahawa surah ini dinamakan al-Baqarah (lembu betina) adalah untuk mengingatkan kembali mukjizat yang berlaku pada zaman Nabi Musa a.s.

Pada zaman Nabi Musa a.s., seorang lelaki dalam kalangan bani Israel telah dibunuh, tetapi pembunuhnya tidak diketahui. Apabila mereka mengadu tentang pembunuhan tersebut kepada Nabi Musa a.s., Allah SWT pun mewahyukan kepada baginda supaya memerintahkan kumpulan bani Israel ini menyembelih seekor lembu betina, kemudian memukul mayat lelaki yang dibunuh tersebut dengan sebahagian anggota lembu yang dibunuh. Dengan izin Allah, mayat yang mati dibunuh itu dapat hidup semula dan memberitahu mereka orang pembunuhnya. Mukjizat ini membuktikan betapa Allah SWT berkuasa menghidupkan semula makhluk walaupun sesudah mati.

Ketika Bani Israel diperintahkan untuk menyembelih lembu betina itu, al-Quran merakamkan kedegilan golongan bani Israel ini yang ingkar melaksanakan perintah Allah SWT tersebut dengan mengemukakan pelbagai hujah dan alasan. Namun begitu, akhirnya mereka terpaksa juga melakukannya kerana tiada lagi hujah dan tipu daya yang dapat mereka bentangkan kepada Nabi Musa a.s..

Inilah antara sikap bani Israel (Yahudi) yang sebati dalam diri bangsa mereka hingga hari ini. Dalam konteks semasa, mereka secara terang-terangan dengan cara yang salah menceroboh dan menjarah wilayah Palestin hingga penduduk asal Palestin terpinggir. Pada masa yang sama, mereka membuat tipu helah dan membunuh umat Islam Palestin dengan alasan untuk mempertahankan diri.

Selain itu, al-Quran turut membicarakan kisah ahli kitab, iaitu golongan Yahudi dan Nasrani, yang berjiran dengan masyarakat Islam di kota Madinah. Ayat-ayat Allah SWT ini mengingatkan umat Islam supaya sentiasa berwaspada dengan tipu daya dan kejahatan yang terpendam dalam ahli kitab, khususnya Yahudi, seperti hasad dengki, memandang hina terhadap orang lain, pengkhianatan, pencabulan janji dan pelbagai keburukan lagi yang dilakukan oleh golongan angkuh ini.

Hal ini memperlihatkan betapa dahsyat dan besarnya bahaya dan kemudaratan yang dibawa oleh golongan Yahudi. Penceritaan kisah Yahudi banyak dipaparkan dalam al-Quran, khususnya Surah al-Baqarah , iaitu melebihi  satu pertiga daripada surah berkenaan bermula daripada ayat 40 hingga ayat 124.

Sayyid Qutb dalam kitab tafsirnya bertajuk Fi Zilal al-Quran menjelaskan bahawa Surah al-Baqarah mengandungi pelbagai tajuk, tetapi keseluruhannya tetap dihimpunkan oleh satu paksi yang mempunyai dua cabang garisan dan saling berkait rapat. Dari satu sudut, surah ini memaparkan pendirian orang Yahudi (bani Israel) terhadap dakwah Islam di Madinah yang sedang berkembang. Penentangan dan pembelotan mereka terhadap Rasulullah SAW dan kaum Muslimin berlaku tanpa henti menerusi usaha menjalinkan hubungan sulit dengan orang munafik dan musyrikin.

Tidak dapat dinafikan, golongan Yahudi telah diberikan kelebihan oleh Allah SWT dengan mengutuskan para nabi dan rasul dalam kalangan mereka. Sewajarnya keistimewaan ini menjadikan mereka umat yang bersyukur kepada Allah SWT. Sebaliknya, mereka sering kali digambarkan sebagai bangsa yang menderhaka kepada Allah SWT dan sering melakukan kerosakan yang amat dahsyat di muka bumi ini. Allah SWT merakamkan sikap orang Yahudi dalam al-Quran sebagai peringatan kepada umat Nabi Muhammad SAW supaya sentiasa berwaspada dengan tipu helah mereka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “(Keadaan kaum Yahudi itu) samalah seperti orang yang terdahulu (daripada suku Yahudi), sedikit daripada mereka yang berasa akibat yang buruk (di dunia) disebabkan kekufuran mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya (pada hari akhirat kelak)”. (Surah al-Hashr 59:15).

Dalam ayat ini, Allah SWT menegaskan dengan kiasan dan mengingatkan golongan Yahudi dan orang munafik bahawa mereka pasti akan mendapat keburukan akibat kekufuran mereka, serta mendapat kehinaan di dunia dan azab sengsara di akhirat kelak.

Dalam Tafsir Abu Su‘ud menyatakan golongan Yahudi dan munafik yang akan ditimpa kesengsaraan itu umpama Musyrikin Quraisy yang tewas dan gugur dalam Peperangan Badar, atau umpama orang Yahudi bani Qaynuqa yang telah dihalau dari al-Madinah al-Munawwarah. Al-Syaukani dalam tafsirnya al-Fath al-Qadir pula menyebut bahawa Musyrikin Quraisy telah merasai akibat buruk kekufuran mereka di dunia ini melalui kegagalan mereka dalam Peperangan Badar yang berlaku enam bulan sebelum Peperangan bani al-Nadir.

Begitulah keadaan golongan Yahudi dan munafik yang kufur kepada Allah SWT serta akan ditimpa keburukan dan kehinaan di dunia ini. Pada hari akhirat pula, Allah SWT menjanjikan azab neraka yang pedih untuk mereka. Penggunaan kiasan dalam ayat ini bertujuan untuk menggambarkan kesesatan dan penyesalan yang akan dihadapi oleh golongan Yahudi dan munafik.

Oleh hal yang demikian, umat Islam hendaklah mengambil pengajaran dan iktibar agar tidak terjebak mengikuti jejak langkah golongan Yahudi. Sekiranya umat Islam menjalinkan kasih sayang dan kerjasama dengan golongan yang dimurkai oleh Allah SWT ini, bermakna mereka akan terjebak dalam kesesatan dan penyesalan yang berpanjangan. Malah, kesengsaraan akan menanti di akhirat akibat kasih sayang dan kerjasama yang dijalin dengan musuh Allah SWT yang terlaknat itu.


Mohd Sukki Othman (Dr) ialah Profesor Madya di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.