Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangSejarah Islam menunjukkan pemimpin dan kepimpinan yang baik telah pun wujud bermula dengan Rasulullah SAW yang menjadi contoh dan ikutan yang terbaik kepada kita. Hal ini seterusnya dilaksanakan pula oleh Sayidina Abu Bakar as-Siddiq sebagai khalifah yang pertama, kemudian diikuti oleh Sayidina Umar al-Khattab yang telah melakarkan kejayaan yang cemerlang bagi daulah Islamiyah. Kepimpinan agung ini diteruskan pula pada zaman pemerintahan Sayidina Uthman Affan, Sayidina Ali bin Abi Talib serta para pemerintah yang lain.
Alhamdulillah, ramai dalam kalangan mereka yang muncul membawa kebaikan kepada ummah, memberikan manfaat dan maslahah yang banyak sepertimana Khalifah Umar Abdul Aziz yang meskipun hanya memerintah selama dua tahun (99 H hingga 101H). Ibn Khaldun memuji tadbir urus yang baik (good governance) yang ditunjukkan oleh Umar Abdul Aziz.
Kepimpinan sebenar
Kepimpinan bukanlah perkara yang mudah. Hal ini bukanlah setakat keupayaan memberikan arahan, “buat itu dan ini,” seperti lakaran di atas kertas. Hal tersebut sebenarnya adalah tentang penonjolan ciri-ciri dalaman keperibadian seseorang yang terhasil daripada disiplin dan amalan mulia yang diterapkan sepanjang kehidupan mereka.
Begitu juga, sifat mengarah perlu disertai dengan melaksanakannya bersama-sama dengan idea yang paling tuntas, yang sentiasa disyurakan keputusan tersebut, di samping tawakkal kepada Allah SWT. Maka itu, hasilnya akan menatijahkan kejayaan yang gemilang.
Sementara rakyat pula akan berasa seronok dan yakin dengan kepimpinan yang memiliki ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, luas pandangan dan wawasan yang jauh, serta memiliki strategi yang tersusun. Kesemua ini sudah pasti akan menambahkan lagi ramuan kejayaan seseorang pemimpin dan sesebuah negara dalam mendaki puncak kegemilangan.
Nasihat buat Khalifah Umar Abdul Aziz
Terdapat tiga tokoh ulama yang memberi nasihat kepada Khalifah Umar Abdul Aziz tatkala beliau memintanya daripada mereka. Antara nasihat yang diberikan adalah seperti yang berikut:
Nasihat ketiga-tiga tokoh besar ini sewajarnya ditekuni dengan sebaik-baiknya, agar kita terpelihara daripada kegelinciran dan seterusnya menatijahkan sebuah negara yang aman damai, harmoni dan bahagia. Allah SWT boleh mengurniakan kerajaan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Akan tetapi, sekiranya Dia inginkan keredaan terhadap mana-mana pemerintah, maka sudah pasti yang menepati ciri seperti nas yang berikut:
الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
Maksudnya: Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Surah al-Hajj 22:41)
Syeikh Abu al-Hasan Ali al-Nadwi melalui bukunya yang bertajuk Maza Khasiral Alam bi Inhitat al-Muslimin (Apa Ruginya Dunia dengan Kejatuhan Umat Islam) yang membicarakan tentang kepimpinan Islam yang terpilih dan unik di bawah tajuk “Zaman Kepimpinan Islam dan Pemimpin-pemimpin Islam dan Sifat-sifat Mereka”. Beliau menegaskan bahawa:
“Para pemimpin Islam bukanlah berkhidmat untuk kepentingan perkauman. Mereka bukanlah wakil-wakil daripada suatu bangsa atau suatu negeri yang berjuang untuk kemakmuran dan kepentingan bangsa dan negeri itu sahaja, atau percaya bahawa bangsa dan negeri mereka sahaja yang mempunyai kelebihan yang mengatasi segala bangsa dan negeri lain.”
“Mereka juga bukanlah dengan kepercayaan bahawa mereka sahaja yang dijadikan untuk memerintah dan bangsa-bangsa lain adalah dijadikan untuk diperintah oleh mereka.”
“Mereka tidak dilahirkan untuk membangunkan empayar Arab yang mewah dan makmur, di mana mereka berlagak angkuh dan sombong di bawah naungannya dan mengeluarkan manusia dari penjajahan Rom dan Parsi kepada pemerintah Arab atau pemerintah mereka sendiri, malah mereka dilahirkan untuk mengeluarkan manusia daripada menyembah sesama manusia kepada menyembah Allah SWT yang Esa seperti yang diucapkan oleh Rabi’ Ibn Amir dalam majlis Yazdarjad: ‘Allah SWT telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia dari menyembah sesama manusia kepada menyembah Allah SWT yang Esa, dan dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dan dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.’”
Karakter seorang pemimpin
Antara sifat yang perlu ada pada seorang pemimpin termasuklah:
Ibn Khaldun dalam al-Muqaddimah mencatatkan satu surat yang ditulis oleh Tahir bin al-Husain untuk anaknya, Abdullah bin Tahir yang telah dilantik oleh Khalifah al-Ma’mun untuk menjadi gabenor di al-Raqqah dan Mesir serta daerah di antara keduanya. Isi surat nasihat ini kemudian sampai kepada pengetahuan Khalifah al-Ma’mun.
Setelah membaca kandungan surat tersebut, Khalifah al-Ma’mun lantas memerintahkan agar kandungannya segera disebarluaskan kepada semua pegawai kerajaan bagi menjadi panduan kepada mereka dalam bekerja. Antara kandungan penting yang ditekankan di dalam inti pati surat tersebut termasuklah:
Al-Mawardi dalam bukunya al-Ahkam al-Sultaniyyah telah menggariskan enam sendi utama yang mesti wujud dalam sebuah pemerintahan Islam, iaitu:
Pemimpin yang Berilmu
Antara sifat pemimpin yang baik adalah berilmu pengetahuan. Hal ini amat penting bahkan menjadi syarat asas yang semestinya dimiliki oleh pemimpin. Perkataan ilmu bukan hanya dibataskan dalam ilmu agama semata-mata, tetapi juga termasuk ilmu siasah, komunikasi, pengurusan, hal ehwal ekonomi, pembangunan insan dan lain-lain.
Menekuni untaian mutiara nasihat ini sudah pasti seorang pemimpin akan benar-benar melaksanakan kebaikan dalam hidupnya. Bukan untuknya sahaja, tetapi juga untuk rakyat jelata dan negaranya. Semoga Allah SWT melahirkan negara kita pemimpin yang benar-benar berbakti untuk ummah dan negaranya semata-mata kerana-Nya. Mereka adalah pemimpin yang baik, bahkan terbaik di samping mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang terbaik. Amin.