12 Disember 2022, 16:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Klang –  Johan (Qariah) Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut atau lebih dikenali sebagai Farhatul,22 merupakan penerima Darjah dan Bintang Kebesaran termuda bersempena dengan ulang tahun Hari Keputeraan ke-77  Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah, semalam. Istiadat pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran serta pingat itu diadakan di Istana Alam Syah, Klang sekitar jam 8 pagi.

Farhatul Fairuzah di Istana Alam Shah.

Menerusi laman Instagramnya, beliau mengucapkan rasa syukur  atas pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor tersebut. Usaha dan jasa beliau dalam  memartabatkan al-Quran khususnya kepada golongan muda mendapat pengiktirafan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S) daripada DYMM Sultan Selangor.

Menurut beliau lagi, pengurniaan anugerah tersebut sebenarnya merupakan suatu amanah kepada beliau. Beliau berhasrat untuk terus menganjurkan program al-Quran, khususnya di media sosial berikutan sasaran beliau ialah golongan muda yang menggunakan media sosial sepenuh masa.

Selain Farhatul, Sofizah Hj. Mousin yang juga merupakan Johan MTHQA 2022 turut dianugerahkan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S) dalam majlis yang sama.

Sumber gambar: Instagram Farhatul Fairuzah

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.