Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangSungai Petani – Program Iftar Perdana sempena Hari Nuzul al-Quran 1446 berlangsung dengan meriah di Pusat Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kedah, Sungai Petani, baru-baru ini.
Rektor UiTM Kedah, Profesor Dr. Roshima Said berkata, hsebanyak ampir 400 orang kakitangan berkumpul dan berbuka puasa serta menjalankan pelbagai aktiviti lain.
Beliau berkata, “Pihak pengurusan UiTM begitu gembira dengan sambutan yang diterima.”
Katanya, majlis itu bukan sekadar berkongsi hidangan berbuka, tetapi juga merupakan platform untuk beramah mesra, bertanya khabar, dan mempererat tali silaturahim antara satu dengan lain.
“Saya benar-benar tersentuh melihat semangat kebersamaan dan kekeluargaan yang begitu kental di kalangan kakitangan apabila pihak pengurusan dan keluarga masing-masing turut hadir,” katanya.
Di samping itu, majlis turut mengadakan majlis menyerah Bakul Ramadan kepada beberapa staf sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mereka dalam menjayakan visi dan misi UiTM.
“Mudah-mudahan bantuan itu dapat meringankan sedikit beban pada bulan yang penuh rahmat ini,” ujarnya.
Tambah Dr. Roshima lagi, semoga usaha yang dilakukan dapat memberikan manfaat sepenuhnya pada bulan Ramadan tahun ini.