Diterbitkan pada 18 Februari 2025, 09:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuantan – Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Prof. Dato’ Dr. Asmadi Mohamed Naim memaklumkan bahawa Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan dengan penetapan solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat dengan solat sunat witir dua salam di seluruh masjid dan surau di Pahang.

Menurut beliau, kesempurnaan solat tarawih afdal didirikan sebanyak 20 rakaat sebagaimana dijelaskan oleh Imam Syafii, iaitu “Bahawa saya amat suka jika didirikan 20 rakaat sunat tarawih.”

Tambah beliau lagi, perkara ini turut dikatakan oleh Sayidina Umar al-Khattab, “Bahawa penduduk Makkah mendirikannya 20 rakaat berserta witir.”

Hal tersebut dipetik daripada kitab al-Hawi al-Kabir Syarah Kitab Mukhtar al-Muzanni Jilid ke-2, muka surat 290.

Ujarnya,

Saya memohon jasa baik dan kerjasama semua pihak untuk memaklumkan hal ini kepada al-Fadhil Qadi Daerah seluruh Pahang untuk menunaikan solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat.

“Walau bagaimanapun, pihak masjid dan surau boleh memilih untuk memendekkan solat tarawih pada malam sambutan Nuzul al-Quran,” katanya.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi