1 Ogos 2024, 14:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan solat jenazah ghaib di tiga buah masjid utama JAKIM, iaitu Masjid Negara Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya selepas solat fardu maghrib pada malam ini.

Solat jenazah ghaib tersebut diadakan susulan Ketua Biro Politik Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh yang terkorban di Iran semalam akibat serangan udara rejim Zionis Israel.

Orang ramai dijemput hadir bagi melaksanakan solat jenazah ghaib tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam di Malaysia terhadap perjuangan umat Islam di Palestin yang konsisten menentang kezaliman rejim Zionis Israel.

Ketua Pengarah JAKIM, Datin Paduka Hajah Hakimah Mohd Yusoff dalam kenyataan rasminya hari ini berkata, “JAKIM amat berdukacita dan merakamkan ucapan takziah buat keluarga Almarhum Ismail Haniyeh yang telah kembali ke rahmatullah pada 31 Julai 2024.”

“Almarhum merupakan seorang tokoh yang disegani dan teguh dalam perjuangan membela nasib umat Islam di Palestin.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para syuhada serta golongan yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.