Oleh Abd Razak Osman
2 Disember 2023, 21:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Perlis – Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) melancarkan Rakan Integriti dan penubuhan Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa (SRIM). Rektor KUIPs, Profesor Dr. Muhamad Rozaimi Ramle berkata, pelancaran tersebut adalah bersempena dengan sambutan Bulan Integriti Nasional 2023 di Dewan Auditorium KUIPs bertemakan “Integriti Citra Malaysia Madani” yang berakhir semalam.

Tambah beliau, perlancaran program ini seiring dengan Pelan Strategik KUIPs yang kelapan, iaitu integriti. Ucap utama program ini disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Nor Yahati Awang yang bertajuk “Integriti dalam Hadis Nabi” dan diikuti bacaan Ikrar Integriti Malaysia oleh staf dan pelajar.

Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) turut diadakan antara KUIPs yang diwakili oleh Rektor Profesor Dr. Muhamad Rozaimi Ramle dengan IIM yang diwakili oleh Datuk Nor Yahati Awang. Kira-kira 150 orang hadir dalam program tersebut termasuk Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perlis, Suzeliyana Hashim.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.